Monday, June 20, 2011

Petua Untuk Kempiskan Perut Boroi

 
  • Kempiskan Perut Boroi
Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.
  • Menyejukkan Air Panas
Cara untuk menyejukkan air panas dengan cepat dan mudah, masukkan sebatang sudu besi ke dalamnya.
  • Air Akuarium Tahan Lama
Sebelum ini anda kerapkali menukar air di akuarium kerana airnya cepat keruh? Untuk menjernihkannya, masukkan seketul arang.
  • Khasiat Kepala Arnab
Jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
  • Khasiat Daging Arnab
1. Dapat mengempiskan perut.
2. Melawas kencing.

  • Hilangkan Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengan air, gaulkan pula dengan gula pasir. Perapkan selama 10 minit
  • Melembutkan Ayam
1. Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.

2. Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.

3. Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.

4. Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu.

5. Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.