Wednesday, June 8, 2011

Kehangatan Drama "NORA ELENA"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

 Tiap-tiap petang Isnin - Khamis semua org yang 'like' drama ni akan setia menunggu di depan kaca tv untuk tgk episod seterusnya dalam drama Nora Elena....bagi saya di awal episod cerita ni banyak juga yang tertinggal..tapi bila housemate saya setia di depan tv untuk tunggu cerita ni..saya pun jadi teruja untuk tengok...so apa yang blh saya ceritakan drama ni best...:)
so kwn2 jgn ketinggalan untuk tgk cerita ni smpi ke last episode..last episode pada 16 Jun 2011...

di bawah saya copy dr beautiful nara...'abg nara minta izin ye...':)


Drama Nora Elena Adaptasi Daripada Novel Kasih Yang Suci




Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?

so....best taksinopsisnye???best x??:)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi komen =)