Monday, June 27, 2011

My 'BFR' buat hal lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

"hmmm...dah byk kali i dah bersabar dgn u..???i dh penat, leteh, asyik melayan kerenah u je..disebabkan u i bla...bla..bla..."...
opsss...em..nmpk mcm bergaduh dgn boyfreind pula kan bunyi nye...???:)..sbnarnya saya saja je kasi suspen sikit...tajuknya pn dah pikir yg cik girlfreind ngah bergaduh dgn en. boyfreind ...:)..jgn majuk ye MyBFR..gurau-gurau je...owner kamu ni tak sayangggg bangat pada kamu...;)

nk dijadikan cerita..hari ni nasib saya agak malang..bukan apa..lunch td sy dgn officemate, Pn Ayuni ajak dia temankan pergi byr ansuran kereta..pada mulanya dengan kak Yati, tapi last minute dia ada hal..so ajak Pn Ayuni teman kan..dia P.A Dekan/Dato'..so kena la balik sharp sebelum pukul 2..
niat memang nak pergi byr ansuran kereta je...tapi teringin sangat nak makan laksa di Restoran Cili Merah..hajat tak kesampaian bila nak ke Restoran tu..Tumpurature tiba2 naik lagi high..:( biasanya if off air-corn akan ok..tapi kali ni tak..saya dh pelik + dh mula pikir sbb baru minggu lepas pergi bengkel 'cuci' radiator..hmmm..dalam hati takpe la..buat relaks je coz saya dh lali ...

tapi saya dh rasa pelik ms on the way pergi bank....saya tanya Ayuni..dia mmg tak tahan sejuk, (lebih kurang mcm saya la, tak tahan sejuk):)

Mar : "Ayuni, rasa panas x??"
Ayu : Agak panas juga (dlm hati bukan ke ayuni ni tak tahan sejuk)"

 so saya kuat kan air-corn..sama juga , tak sejuk...saya agak risau..luck la dh dekat dengan bank..saya settle kan kerja saya dulu...lagi teruk bila on the way pergi Restoran Cili Merah...dan terpaksa  stop di tepi parking area Restoran Zam-Zam..Park kereta dan terus hantar ayuni pergi ke Teksi coz dia kena balik juga sebelum pkl 2..ayuni pula tak bawa purse..& ckp kat dia "guna duit mar je"

..tekak pun rasa dahaga..pergi 7E beli Coca Cola Vanila...(sbb tense, beli air ni)
tempat saya park kereta terlalu panas terpaksa saya kena cari parking kat tempat lain..tempat yang sesuai depan balai polis..

..ayuni tlg bgtahu boss...nk dtg ambl..tapi ckp xpayah coz nk pergi bengkel..
saya terpaksa call pomen yang saya pergi last week...dia suruh saya check kipas...sebelum tu kena hidupkan enjen..bila saya buat apa yang dia suruh...tak sampai 1 minit kereta dh berasapppp.....bertambah-tambahla saya panikkkk...saya sorang, ayuni pn dah balik...saya pujuk diri sendiri...sabarrr&relax.....

bila kereta berasap, saya ambk h/bag terus keluar lari jauh dari kereta...dalam hati...tak pernah berasap kereta ni...saya call kawan, 2 kali tapi tak angkat(15min pastu orgtu ckp : masa call kat surau katanya)....alternatif lain , call ayah dikampung...ayah suruh tgk air...bila tgk air, air kurang, air pl tak ada dalam kereta..cuma ada botol..hmmm..apa harus saya buattttt???? saya terpaksa tebalkan muka minta air di restoran depan McD..

apa yang saya ingat pomen ada cakap, if kipas tak berfungsi, ketuk cover kipas tu sampai berpusing...hmm...mcmmna ni...???.mcm2 perasaan ada masa tu..^_^..tapi kebanyakan org yang lalu lalang tak ada pula yg nak tolong..em..maybe saya buat muka cool je kot...:)

nak dipendekkan cerita bila sampai dibengkel @ Teluk Pulai..betulla sebab kipas dh rosak...tapi tak apa maybe kipas tu dh lama, pomen ada ckp juga minyak pelincir bocor, agak bahaya bila bocor akan terkena host getah & minta rujuk/tanya balik kat pomen yang repair kereta saya sebelum ni...

hmmm... sabar je la...bak kata "org tu"..'benda dh nak jadi, sabarrr  je la'..tapi ms on the way ke bengkel org tu call + msg & ayah asyik call...hmmm..saya faham  ayah risau sgt bcoz sy sorg (masa di parking tadi ayah asyik tanya parking kat man??saya nak terengkan pun susah/payah bcoz ayah pun tak tahu tempat tu...:) & takada org yang tolong...by theway..terima kasih ayah...anak mu selamat di sini....anak mu seorang yang berdikari..pergi bengkel sorang-sorang..:) terima kasih pada org tu jg bcoz ambk berat...:)

Tragedi hari ni...mmg tak dpt dilupakan...

1) terpaksa half day...
2) baju kurung basah (bcoz berpeluh pergi bengkel tak blh on air corn :( ) coz cuaca panas
3) kesian ayuni..pergi dengan dia mesti ada je something yg tak elok terjadi...hu2
4)kempunan nak makan laksa tapi tak dapat :(
5)bateri handphone pulak habissss...

tapi.....saya bersyukur..semuanya ok dan selamat..itu yang penting...:) saya berharap sangat tragedi ni tak berulang lagi...amin

Sunday, June 26, 2011

Pesta Buku 24 Jun 3 Julai 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

ptg semalam saya dan housemate pergi Pesta Buku @ SACC Convention Shah Alam. Pesta bermula hari Jumaat & berakhir hari Ahad minggu berikutnya...ini la julung kalinya Pesta Buku diadakan di SACC Convention ni...so not bad...byk jg buku yang ada..tapi tak boleh nak bandingkan Pesta Buku di PWTC la, sbb kat sana beribu2 lemon buku yang ada..sampai rambang mata dibuatnya...

sambil jalan-jalan saya beli 3 buah buku & 1 majalah 1 + 3..(tahu tak 1  + 3 tu apa?) em...bila beli majalah berbentuk suarat khabar I LUV ISLAM dpt + 3 lagi majalah dengan harga RM2..berbaloi2..:) saya beli majalah I LUV ISLAM sbb saya pun selalu juga lawat website I LUV ISLAM  ni..so bila nmpk majalah nya saya pun beli & nk try baca...


Antara buku lain yang saya beli.......


1) Aksesori Kristal Mutiara - hmmm tau kenapa saya beli buku ni??? bila saya tgk tajuk buku ni dah buat saya tertarik..even sebelum ni saya pernah terpandang buku ni...bila saya  tgk kandungan dalam buku mcm2 gelang, anting2, rantai yg boleh dibuat sndiri...sangat cantek...so bila ada kelapangan saya akan buat..so tgk la hasilnya nanti ye...:)


2) Jangan Bersedih - Buku ni saya dah beli dan baca keluaran pertama..so saya nk bc kularan yg keuda..& then saya akan beli keluaran yg ketiga pl..tak rugi baca buku..coz sgt bagus...:)


3) Kaedah Tajwid - Buku dah lama juga saya nak beli..tapi baru hari ni berkesempatan...biasala buku ni ajar kita mcm mana nak baca Quran dengan betul...:)

pas penat jln2 sempat juga mkn di Restoran FC kat dalam Komplek PKNS...:)

saya mkn ABC..boleh tahan sedap juga...

FC special (mcm ayam KFC pl kan???) :)

So..kwn2 pergi la Pesta Buku...mcm2 buku yang ada ...:)

Thursday, June 23, 2011

6 Aktiviti Pembakar Kalori Terbaik

Assalamualaikum..
ni tips terbaik untuk kwn2..:)





Pasti semua orang sudah mengetahui secara asasnya sebenarnya tidak ada formula rahsia untuk mengurangkan berat badan, Berat badan berkait dengan kalori. konsep asas pengurangan berat badan adalah cukup mudah iaitu setiap individu perlu lebih banyak membakar kalori di dalam badannya, kegagalan membakar kalori dalam badan pastinya akan menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan satu kerja sia-sia.

Untuk membkar kalori dalam badan, individu memerlukan aktiviti yang boleh meransang degupan jantung yang akan mengeluarkan peluh dan seterusnya membakar kalori yang ada di dalam badan. Artikel kali ini ingin berkongsi 6 aktiviti pembakar kalori yang terbukti paling efektif yang boleh dilakukan oleh setiap individu.


1. Kickboxing: 800 kalori sejam

Kickboxing merupakan aktiviti yang didapati berada di senarai paling atas dalam aktiviti pembakaran kalori iaitu sebanyak 800 kalori yang boleh dibakar dalam temph satu jam.

Melalui aktiviti kickboxing ini individu memerlukan setiap pergerakan otot dan akan mempercepatkan proses pembakaran kalori.

Degupan jantung juga akan bergerak dengan pantas selari dengan pergerakan semua otot-otot yang bekerja semasa menyertai aktiviti kickboxing ini.

Memang sesuai sangat kepada mana-mana individu yang membakar kalori dan pada masa yang sama boleh juga belajar kaedah mempertahankan diri.


2. Jumping Rope: 780 kalori sejam


Aktiviti jumping rope atau skipping merupakan aktiviti kedua yang didapati paling berkesan dalam membakar kalori badan dan juga amat sesuai kepada mereka yang selalu mempunyai halangan masa.

Sedar atau tidak dengan melakukan lompatan setempat di atas tali boleh membantu individu membakar 130 kalori setiap sepuluh minit atau bersamaan 780 kalori sejam.

Lompat tali juga amat sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai ruang atau kawasan yang luas untuk berjogging atau bersenam. Cukup hanya kawasan yang kecil dan juga boleh dilakukan di dalam kediaman sekiranya perlu.

Pada masa yang sama mengikut laman web BoneHealth.com, impak dari aktiviti lompat tali ini bukan sahaja membakar kalori malahan menguatkan struktur tulang individu yang melakukannya.


3. Biking: 700 kalori sejam


Biking atau aktiviti berbasikal juga ternyata amat berfaedah dan menduduki tempat ketiga dalam kategori aktiviti paling berkesan untuk pembakaran kalori.

Dengan berbasikal sejauh 22 hingga 25 kilometer pada kelajuan yang tetap individu akan berjaya membakar 700 kalori dalam badan mereka.

Pada masa yang sama juga aktiviti berbasikal bukan sahaja membakar kalori malahan turut membantu paru-paru kita mendapat udara segar dan nyaman dari persekitaran yang bersih.

Mungkin juga boleh dianjurkan atau digalakkan aktiviti berbasikal ke tempat kerja bagi kawasan-kawasan tertentu, bukan sahaja menyihatkan badan malahan mengurangkan pengeluaran dan pelepasan gas karbon monoksida ke udara.


4. Running: 650 kalori sejam


Aktiviti berlari pula menduduki tempat keempat dalam aktiviti paling berkesan untuk membakar kalori dalam badan.

Berdasarkan kiraan kalori oleh WebMD, seseorang yang mempunyai berat badan sekitar 65Kg dan berlari selama sepuluh minit dalam jarak 1.6 kilometer mampu membakar sebanyak 650 kalori dalam tempoh sejam.

Untuk langkah permulaan individu boleh memulakan aktiviti berlari dengan cara perlahan-lahan dan kelajuan ditambah secara berperingkat-peringkat dan boleh juga diselang-selikan dengan berjalan cepat.

Aktiviti berlari juga amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dimulakan.


5. Aerobic Classes: 600 kalori sejam



Bagaimana pula dengan kelas Aerobik? ramai dikalangan masyarakat kita apabila berbicara tentang mengurangkan berat badan dan membakar kalori terus merujuk kepada kelas aerobik.

Memang tidak dinafikan kelas aerobik merupakan salah satu aktiviti yang berkesan kepada sesiapa yang berminat untuk membakar kalori mereka.

Secara asasnya penyertaan selama sejam dalam kelas aerobik boleh membantu individu membakar kira-kira 600 kalori di dalam badan, walau bagaimanapun ianya juga bergantung kepada bilangan ‘steps’ atau langkah yang dilakukan dalam kelas aerobik berkenaan.


6. Zumba: 500 kalori sejam




Aktiviti ke enam yang didapati paling berkesan untuk membakar kalori adalah melalui zumba yang dikatakan boleh membakar 500 kalori sejam.

Untuk rekod zumba adalah sejenis tarian kecergasan yang diciptakan oleh Alberto beto Perez dari Columbia sekitar tahun 1990-an dahulu. Konsep tarian zumba ini adalah untuk tujuan menyihatkan badan dan membakar kalori pesertanya.

Tarian zumba juga dikatakan boleh membantu meningkatkan kadar metabolisma, walau bagaimanapun ianya juga seperti kelas aerobik, bergantung kepada individu itu sendiri dan sejauh mana usaha yang dilakukan oleh individu terlibat.

Blog ini percaya banyak lagi aktiviti yang boleh membakar kalori dalam badan individu yang tidak sempat disebut dalam artikel ini. Apa juga cara dan kaedah yang digunakan, semuanya bergantung kepada komitmen dan usaha yang berterusan oleh individu itu sendiri.

Apa yang pasti semua insan mahukan kesihatan dan kecergasan kerana ianya salah satu dari nikmat hidup. Selamat membakar kalori.

Sumber dan artikel asal – The Top 6 Calorie-Burning Workouts di http://shine.yahoo.com/


Dipetik dari: http://myjazmanie.com/2011/6-aktiviti-pembakar-kalori-terbaik/

Monday, June 20, 2011

Petua Untuk Kempiskan Perut Boroi

 
  • Kempiskan Perut Boroi
Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:-

i) Minum banyak air kosong. Air mengenyangkan dan menjaga metabolisme badan.

ii) Berhenti minum minuman beralkohol. Alkohol walaupun minuman bebas lemak, namun mengandungi banyak kalori. Ini boleh meningkatkan tahap kortisol di dalam tubuh.

iii) Lakukan gerakan sit up. Senaman ini membantu mengurangkan mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.

iv) Berkebun. Berkebun juga merupakan aktiviti fizikal yang ternyata mampu mengurangkan berat badan. Aktiviti ini diyakini dapat membakar lemak 350 kalori sejam.

v) Lakukan gerakan pinggul. Senaman gerakan pinggul dapat membakar kalori sama seperti berkebun.

vi) Amalkan makan banyak buah-buahan dan sayuran. Kdua-dua makanan ini mengandungi serat tinggi. Walaupun anda makan dalam jumlah yang banyak, anda tidak perlu risau terjadinya pertambahan lemak di bahagian perut.
  • Menyejukkan Air Panas
Cara untuk menyejukkan air panas dengan cepat dan mudah, masukkan sebatang sudu besi ke dalamnya.
  • Air Akuarium Tahan Lama
Sebelum ini anda kerapkali menukar air di akuarium kerana airnya cepat keruh? Untuk menjernihkannya, masukkan seketul arang.
  • Khasiat Kepala Arnab
Jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
  • Khasiat Daging Arnab
1. Dapat mengempiskan perut.
2. Melawas kencing.

  • Hilangkan Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam dengan tepung gandum. Setelah dibersihkan dengan air, gaulkan pula dengan gula pasir. Perapkan selama 10 minit
  • Melembutkan Ayam
1. Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.

2. Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.

3. Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.

4. Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu.

5. Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.

Sunday, June 12, 2011

12 Jun 2011

Assalamulaikum....dan salam sejahtera....

hari ni 12 Jun 2011...
saje nk ingatkan pada diri saya..kwn2 jgn pelik pulak ye..hehhe..
"tahun hadapan adalah tahun 2012.." bukan 2011 lagi tau...

ok babai..

Saturday, June 11, 2011

Jahit Manik


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

minggu lepas job saya jahit baju + jahit manik bahagain leher dan tgn...
baju ni kak ipar sy punya...dia nak pakai esk...so nan tak nak kena siapkan juga walaupun kurang sihat : demam+batuk+selsema....
alhamdulillah ..dgn berkat kesabaran siap jg baju ni..:)
saya buat ni lepas blk keje everyday..tapi tak ada la sampai tidur lewat...
so ni la hasilnya...




ni sebahagian dh siap...


bahagian lengan yg belum sepenuhnya siap...


siap bahagian sebelah leher...


hampir siap..hari ke 4
manik yg dh siap sepenunya...

manik yg dh siap bersama dgn lengan






so....mcm mana ok tak???ni job saya dlm ms 1 minggu...:)


Wednesday, June 8, 2011

Kehangatan Drama "NORA ELENA"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

 Tiap-tiap petang Isnin - Khamis semua org yang 'like' drama ni akan setia menunggu di depan kaca tv untuk tgk episod seterusnya dalam drama Nora Elena....bagi saya di awal episod cerita ni banyak juga yang tertinggal..tapi bila housemate saya setia di depan tv untuk tunggu cerita ni..saya pun jadi teruja untuk tengok...so apa yang blh saya ceritakan drama ni best...:)
so kwn2 jgn ketinggalan untuk tgk cerita ni smpi ke last episode..last episode pada 16 Jun 2011...

di bawah saya copy dr beautiful nara...'abg nara minta izin ye...':)


Drama Nora Elena Adaptasi Daripada Novel Kasih Yang Suci




Nora Elena (Siti Saleha) ialah kisah seorang wanita yang telah diperkosa semasa dia berusia 15 tahun. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham (Zul Ariffin). Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan (Aaron Aziz). Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan. Seth Tan pula menawarkan dirinya menjadi Pak Sanggup menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Konflik yang lebih mendebarkan berlaku setelah Nora Elena dan Seth Tan berkahwin. Nora Elena mendapat tahu Seth ini rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika itu sedang mengandung anak Seth. Dapatkah Nora menerima dan memaafkan Seth yang sudah insaf dengan perbuatan silamnya? Apakah motif Seth mengahwini Nora?

so....best taksinopsisnye???best x??:)

Sunday, June 5, 2011

30 Mei & 30 Jun 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

hmmm....30 Mei 2011 (Isnin) hari yang happy sangat dlm hidup saya...
nak tahu kenapa saya happy????? biar saya je yang tahu k....biarlah rahsia...:)

so x sabar nak tunggu smpi akhir bulan ni....=)
if kawan2 nak tahu so tungguuuu k..

babai...