Monday, September 19, 2011

Mari Berhari Raya Ke Rumah Rayyan Danish...

As Salam...

Last week...saya, ekin & ain pergi berhari raya di rumah Rayyan Danish...
Siapa Rayyan Danish tu??? opppsss.....!!!

Beliau adalah seorang baby lelaki yg berumur 1 tahun lbh...anak kepada ex-h'mate saya...si salwan...;)

so kitaorg sempat berposing jg mlm tu..kameraman..husben si wan...(en Rosaidi...mmg sporting la dia..hahha..)..

tapi saya agak terkejut tgk si wan ni...hmpr 1 tahun tak jumpa...kurus sgt...tak ada isi...leteh jaga Rayyan katanya...

so tgk la gambar kitaorg k...
                                         saya & deq ain


saya & deq ekin
                                                                



 xtak nyempat-nyempat nak tgk gambar


                                                             posing jgn tak posing


 pn. salwan..semakin kurusss...


K.A.M.I

bubbyeee...

Selawat Munjiah

Salam...

Untuk dikongsi bersama...







PENJELASAN:
Syeikh Al-Buni dan Imam Jazuli menerangkan bahawa sesiapa yang berhajat baik pun hajat dunia atau hajat akhirat, bacalah selawat ini sebanyak 1000 kali sebaiknya di waktu tengah malam, maka insyaallah akan tertunai hajatnya dengan segera.
Imam Dainuri menerangkan; pada suatu waktu umat Islam ditimpa kesusahan atau penyakit menular atau ada hajat besar untuk di tunaikan maka mereka akan membaca selawat ini.
Selawat Munjiah ini baik juga dibaca setaip lepas sembahyang lima waktu.

KISAH:
Dipetik dari kitab Minhajul Hasanat, daripaDA Fajr-i-Munir, dtulis oleh Ibn Fakhani (r.a) bahawa terdapat seorang yang soleh dan sering menabdikan diri bernama Musa Darir.
Beliau memberitahu satu peristiwa yang berlaku kepadanya:
“Daku sedang belayar didalam sebuah bahtera yang mula hendak karam. Pada masa yang sama perasaan mengantuk mengusai diriku. Dalam keadaan itu Rasulallah (s.a.w) mengajar aku selawat (selawat munjiah) dan bersadba: ORANG-ORANG DALAM BAHTERA INI HENDAKLAH MEMBACA 1000 KALI.
Baru sehaja selawat ini dibaca sebanyak 300 kali bahtera telah kembali kepada pelayaranya yang biasa.

Monday, September 12, 2011

10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung

Entri dibawah ditulis oleh Amir Said, seorang blogger makanan terkemuka menerusi blognya, Oh Malaysia. Layari Oh Malaysia hari ini untuk mendapatkan resepi-resepi makanan yang super duper lazat. Jika anda berminat untuk menjadi penulis jemputan BeautifulNara, sila emailkan kepada borakartis@gmail.com.
Jika kita lihat, semakin ramai artis wanita di Malaysia yang mula bertudung. Antaranya ialah Irma Hasmie, Liza Hanim, Catriona Ross, Farah AF, Nora dan ramai lagi. Alhamdulillah, perubahan mereka ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut bertudung.
Artis wanita yang bertudung sememangnya nampak lebih cantik dan ayu. Kalau tak percaya boleh lihat gambar 10 artis wanita bila mereka mengenakan tudung yang lengkap.
1. Fazura
10 artis cantik bertudung
2. Tiz Zaqyah
10 artis cantik bertudung
3. Fouziah Gous
10 artis cantik bertudung
4. Erra Fazira
10 artis cantik bertudung
5. Neelofa
10 artis cantik bertudung
Baca entri ini sepenuhnya untuk mengetahui 5 lagi artis wanita cantik apabila bertudung.

6. Nora Danish
10 artis cantik bertudung
7. Lisa Surihani
10 artis cantik bertudung
8. Maya Karin
10 artis cantik bertudung
9. Fasha Sandha
10 artis cantik bertudung
10. Dato’ Siti Nurhaliza
10 artis cantik bertudung
Semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hati mereka untuk terus bertudung, InsyaAllah. Sama-sama kita doakan.

Entri dibawah ditulis oleh Amir Said, seorang blogger makanan terkemuka menerusi blognya, Oh Malaysia. Layari Oh Malaysia hari ini untuk mendapatkan resepi-resepi makanan yang super duper lazat. Jika anda berminat untuk menjadi penulis jemputan BeautifulNara, sila emailkan kepada borakartis@gmail.com.

i-Phone 5

Selepas lama tidak kedengaran, kini ura-ura berkaitan iPhone generasi akan datang kedengaran kembali, dimana kini ianya dilaporkan yang mana iPhone generasi baru akan diperkenalkan pada bulan Ogos kelak, diura-ura akan membawakan perubahan dari segi rekabentuk iPhone itu sendiri.
Ianya diperkatakan yang mana Apple bakal mengadakan sebuah acara khas pada awal atau pertengahan bulan Ogos untuk mengumumkan iPhone generasi baru, dan seterusnya akan mula dijual beberapa minggu selepas itu, mungkin pada penghujung Ogos kelak.
Sebelum ini, ianya pernah dilaporkan yang iPhone generasi baru akan membawakan perubahan rekabentuk, dan beberapa ura-ura awal mengatakan yang ianya akan membawakan kamera 8-megapixel, serta membawakan cip pemprosesan baru yang lebih pantas lagi.
Namun begitu, seperti kebiasaan, Apple masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan daripada pihak mereka, dan ianya masih lagi pada peringkat ura-ura buat masa ini.

Thursday, August 25, 2011

Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat?

Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat?

credit : BayangDiAir

"Ya Allah, baru kusedari bahawa wajahku tidak pernah senyum apabila sedang berhadapan dalam majlis-Mu. Sedangkan solatku ini adalah berhadapnya aku dengan-Mu, Kekasihku. Adakah aku tidak ikhlas dalam berhadapan dengan-Mu dalam solat ini, wahai Tuhanku?

Ya Allah, beratnya wajahku BAGAI aku menanggung beban yang sangat hebat. Tiada seri dan ceria pada air muka ini. Bagai air kolam yang bertakung begitu lama. Tiada riak, bagai angin tak pernah sampai di sini. Mengapa jadi begini?


Ya Allah, bukankah aku sedang berdiri, rukuk dan sujud. Menyerahkan diri ini kepada-Mu. Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Indah. Sewajarnya aku sedang menikmati keindahan-Mu ya Zul-Jalal Liwal Ikram. Bukankah wajah ahli syurga akan berseri-seri di syurga kerana dapat memandang Zat-Mu?




Ya Allah, apakah hambamu ini belum mencapai martabat ihsan? Aku belum mampu beribadat seolah-olah aku yakin Engkau melihatku atau aku seolah-olah sedang melihat Engkau? Kalau benar aku ini ihsan ya Allah, tentulah wajahku berseri-seri di dalam solat. Bukankah begitu wahai Kekasihku?


Ya Allah, sewajarnya wajahku ceria ketika patah-patah ayat suci bermesra di lidahku. Sewajarnya air mukaku kelihatan gembira ketika aku qiam, rukuk dan sujud kepada-Mu. Aku sewajarnya tersenyum dan berwajah permata kerana Engkau-lah yang sedang berada di majlis amalan cintaku.


Ya Allah, kalau hamba-Mu akan gembira dapat melihat Zat-Mu di syurga kelak, apakah aku tidak patut gembira dalam solat ini? Bukankah solat ini telah menemukan aku rapat dengan-Mu, ya Allah. Bukankah yang sedang berada di depanku sekarang ialah Engkau, wahai Kekasihku?


Ya Allah, aku tidak pernah menunjukkan wajah senyumku kepada-Mu ketika solatku. Aku takut kepada-Mu ya Allah kerana dosa-dosaku. Namun, hati ini sangat gembira sebenarnya kerana Engkaulah di depanku. Sebagaimana Engkau janjikan ahli syurga gembira berhadapan dengan Kekasih di dalam syurga, izinkanlah di dunia ini, dalam solat yang singkat ini, aku merasai pengalaman syurga ya Allah. Biarlah manusia lain berwajah berat menanggung beban solat, namun aku lebih rela berwajah ceria kerana kegembiraanku dapat berada dalam majlis-Mu telah mengatasi rasa takut dan berat bebanku.


Ya Kekasih para mukmin, kurniakanlah kepada kami wajah berseri-seri dalam solat ini. Kurniakanlah kami ihsan yang menjadikan kita bukan lagi sekadar rapat dengan kata-kata tetapi telah rapat menyelinap di dalam jiwa. Dunia solat yang singkat ini adalah pancaran dunia syurga. Di mana sahaja kami berada, izinkan kami melihat dengan haqqul yakin kewujudan-Mu Yang Terindah. Sesungguhnya, gembira kami telah mengatasi rasa takut ini kerana kami sedar betapa melimpah-ruahnya kasih sayang dan keampunan-Mu. Perkenankanlah cita-cita kami wahai Zat Yang Maha Suci.
http://dakwahkemaman.blogspot.com

Salam Aidlfitri...

As Salam...

Di kesempatan ini saya ingi menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala silap dan salah sepanjang saya berbelog ni...:)
Berhati-hati di jalan raya ...Insya'Allah saya akan pulang ke kampung hari Sabtu dan bercuti sampai hari Isnin, 5 September 2011...

Selamat Bercuti....:)




Wednesday, August 24, 2011

Ayat Penggerak

As Salam & Salam 24 Ramadhan.

kwn2..saya nak share ayat yg sgt baik/wajar diamalkan untuk kita seharian..saya ambil ni dari http://www.darussyifa.org/...

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


                                  

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya
                                                                                                          
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.



Tuesday, August 23, 2011

24 Lebuh Raya bagi Diskaun Sempena Perayaan

Assalamualaikum dan Salam 23 Ramadhan...

info terkini dari Berita harian...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 lebuh raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.

Lebuh raya yang terbabit ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK). Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas). Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor, berkata Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.

"Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Aidilfitri peringkat Kementerian Kerja Raya di Plaza Tol Lagong Lebuhraya Guthrie di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian diskaun itu adalah sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang baru yang diumumkan bulan lalu iaitu bagi memerangi kos kehidupan yang kian meningkat.

Terdapat beberapa lebuh raya terutamanya yang di luar Kuala Lumpur yang menawarkan diskaun lebih awal bermula pada 28 Ogos ini sehingga dua hari selepas hari raya.

Walaupun lazimnya bilangan kenderaan di jalan raya meningkat dua kali ganda pada musim perayaan, Shaziman berkata, beliau yakin keadaan trafik pulang ke kampung pada kali ini akan lebih terkawal memandangkan tempoh cuti yang agak panjang membolehkan jadual perjalanan lebih teratur.

Beliau berkata, bagi mengelak kesesakan jalan raya di Pantai Timur dalam masa empat hari lagi sebahagian jajaran Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua akan dibuka.

Tiga laluan akan dibuka iaitu bermula dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Ajil sepanjang 42.4 kilometer (km), laluan baru yang dikenali sebagai Bukit Payung Spur Road sepanjang 16.3 km dan Persimpangan Bertingkat Telemong ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 9.2 km.

Shaziman juga berkata, bagi keselamatan pengguna jalan raya yang semakin meningkat, Kementerian Kerja Raya melakukan beberapa inisiatif termasuk kerja pembaikan di 37 lokasi tertentu di jalan-jalan persekutuan dan di 10 lokasi di lebuh raya pada tahun lalu. - BERNAMA

Friday, August 5, 2011

Resepi Telur Bungkus

As Salam...
Salam 5 Ramadhan..:)
Alhamdulillah sudah hampi 5 hari kita berpuasa...
Hmm..hari ni saya nak berkongsi menu dan resepi berbuka saya pada 3 Ramadhan yang lepas...sorry ye agak terlewat untuk share kat blog...di samping berpuasa saya ada mengambil tempahan menjahit baju..so time saya banyak dihabiskan untuk menjahit di samping pada sebelah malam solat sunat tarawikh alhamdulillah...setakat ni saya dapat bahagikan masa saya sebaiknya :)...kadang-kadang badan tu rasa letih juga...:)
Ok berbalik  kepada menu dan resepi saya tadi...baru-baru ni saya masak bihun goreng dan telur bungkus untuk berbuka...
So saya saya share resepi Telur Bungkus untuk semua k..:)
Bahan –Bahan (untuk seorang mkn)
1)     2 Bawang Putih
2)     2 Bawang Merah
3)     Isi Ketam/ Ayam/ etc
4)      Lobak merah/bunga kubis/brokoli (ikut citarasa)
5)     Sedikit  Sos Cili
6)     Sedikit  Sos Tiram
7)     2 helai Daun Limau Purut
8)     Sedikit cili giling
9)     Serbuk Lada Hitam
10)  Serbuk  Lada Sulah
11)  Garam secukup rasa
12)  2 biji telur
13)  Sedikit minyak
Cara Memasak
a)     Kuah Telur Bungkus

1)     Panaskan minyak
2)     Tumis Bawang putih dan bawang merah
3)     Masukkan cili giling;
4)     Setelah naik bau, masukkan sos cili dan sos tiram
5)     Masukkan sedikit air
6)     Masukkan garam secukup rasa
7)     Masukkan ayam/isi ketam/ etc
8)     Masukkan Lobak merah/bunga kubis/brokoli/ etc bersama-sama daun limau purut
9)     Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah
10)  Setelah masak..masukkan ke dalam pinggan

b)    Telur Bungkus
1)     Pecahkan 2 biji telur  ke dalam mangkuk dan dipukul
 2)     Panaskan minyak



 3)     Masukkan telur  (seratkan telur di tepi kuali)
 4)     Setelah telur dadar separuh masak, masukkan kuah telur bungkus tadi ke dalam telur dadar td dan bungkus mengikut citarasa masing-masing & letak piring.Telangkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang

kuah telur bungkus..


dah siap...:)
Selamat Mencuba... dan Selamat Berbuka :)

Tuesday, August 2, 2011

Menu Berbuka : Sup Sayur 1 Ramadhan

As Salam/ Salam 2 Ramadhan..
Alhamdulillah semalam dah selamat 1 hari kita berpuasa...hari nak masuk 2 hari...:)
Sekejap rasanya masa berlalu..
Alhamdulillah puasa saya semalam ok & semuanya berjalan dengan lancar...
Sebenarnya saya nk berkongsi menu berbuka saya semalam..terlalu simple tapi banyak khasiat..:)
Kelebihan sup sayur ni direka oleh saya sendiri J
Menu saya semalam :
1)      2 biji kurma
2)      Air limau asam boi
3)      Sup sayur 1 Ramadhan

Di sini saya sertakan resepi untuk sup sayur 1 ramadhan
Bahan untuk tumbuk dan tumis:
1)      Bawang besar (1 biji)
2)      Bawang putih (3 biji)
3)      Halia ( 2 cm)
4)      Kulit kayu manis
Bahan-bahan lain :
1)      Sayur brokoli
2)      Soon
3)      Isi ketam (yg siap di packing)
4)      Kobis
5)      Lada hitam (serbuk)
6)      Lada sulah (serbuk)
7)      Garam secukup rasa
Nota : boleh gunakan apa juga jenis sayur
Cara2 memasak:
1)      Tumis bahan umbuk sampai naik bau dengan sedikit air.
2)      Masukkan lada hitam dan lada sulah3)      Bila naik bau masukkan sayur brokoli dan kubis
4)      Masukkan soon dan isi ketam
5)      Bila mendidih, masukkan garam.
Siap untuk dihidangkan dan selamat mencuba...:)
Nota : untuk rasa lg sedap campur dgn sedikit kicap..
sorry tak sempat nak snap gambar....

....SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....

Friday, July 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK




KELEBIHAN RAMADHAN 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Biografi
1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi. 



Fadhilat Tarawikh Bulan Ramadhan

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله سيدنا محمد خاتم الانبياء والمرسلين، وآله وصحبه أجمعين.

Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al- Nashihin bermaksud: “ Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan. Baginda bersabda: “ Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama: Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua: Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga: Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat: Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima: Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam: Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas ( lapisan tanah yang keras )

Malam ketujuh: Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman

Malam kelapan: Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan: Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh: Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.

Malam kesebelas: Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.

Malam kedua belas: Dia dating pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas: Dia dating pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan

Malam keempat belas: Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.

Malam kelima belas: Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi

Malam keenam belas: Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas: Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas: Malaikat menyeru: “ Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.”

Malam kesembilan belas: Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh: Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu: Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua: Dia dating pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga: Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat: Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima: Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam: Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh: Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan: Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan: Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh: Allah berfirman: “ Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” ( Majalis )Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen.

Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar.Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu. Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفرله ما تقدم من ذنبه



Maksudnya: “ Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ( pahala daripada Allah ), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama inu turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…


kepada semua yg beragama islam seluruh dunia..saya nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

...semoga semuanya diberkati...amin